1) Dikelilingi sawah padi yang menghijau pada waktu padi muda dan bertukar menjadi keemasan pada musim menuai
2) Menimba pengalaman dalam aktiviti pesawahan dan menikmati buah-buahan tempatan terus daripada pokok. Banyak terdapat disekeliling rumah-rumah peserta homestay.
3) Aktiviti menangkap ikan air tawar seperti menjala, memancing dan belajar menggunakan alat menangkap ikan tradisional seperti serkap,belat ,bubu dan taut.
4) Menghayati pelbagai aktiviti kebudayaan Melayu diantaranya marhaban,berendoi,gendang silat dan seni silat. Permainan tradisional seperti congkak,sepak raga, wau ,gasing dan permainan kanak-kanak juga diadakan disini.
5) Menikmati makanan Melayu dan juga berpeluang belajar memasak makanan bersama keluarga angkat.
6) Pengalaman melihat beruk memanjat kelapa/petai
7) Merasai kehidupan kampung tradisi yang sebenarnya.
8) Pekan sehari atau lebih dikenali dengan panggilan Pekan Nat yang diadakan di Pekan Tunjang –Dua kali seminggu.
( 2.5 km dari Kampung Pulau Pisang )
No comments:
Post a Comment