LORONG SERI BERANGAN 2, KAMPUNG PULAU PISANG ,
06000 JITRA , KEDAH DARUL AMAN ,

Monday 5 September 2011

salah satu permainan yang terdapat di sini . . seronok kan . . :)



KAMPUNG STAY


  • RUMAH TOK WAN ( RM150.00 / DAY )

  • TERATAK RASTALI ( RM80.00 / DAY )


  • TERATAK BERANGAN ( RM70.00 / DAY )

  • RUMAH TIMUR BARAT ( RM100.00 / DAY )



FACILITIES


  • CHALET ( KAMPUNG STAY )
  • HALL
  • SURAU
  • CAMPING SITES
  • HERBAL STEAM BATH
  • TRADITIONAL MASSAGE
  • TANDEM BICYCLE
  • CANOE
  • FISHING
  • 'KAMPUNG WALK'
  • 'BENDANG WALK'
  • TRADISIONAL GAME
  • TRADISIONAL HEALING

Sunday 4 September 2011

RUMAH TOK WAN . . RM 150.00/DAY

RUMAH TOK WAN ADALAH SALAH SATU KAMPUNG STAY YANG ADA DI HOMESTAY PULAU PISANG.
U ALL BOLEH TENGOK SENDIRI GAMBAR GAMBAR RUMAH TOK WAN. RUMAH TOK WAN BOLEH MEMUATKAN SERAMAI 10-15 ORANG DALAM SUATU MASA. HARGA UNTUK SEHARI SEMALAM ADALAH RM150.00

NIE PEMANDANAGN DARI LUARAN . CANTIK KAN. .  HEHEH


HAH MACAM MANA ?? OK TAK ?

DARI DALAM RUMAH TOK WAN


LAMA TAK KORANG TAK TENGOK KELAMBU ? KALAU TERINGIN NAK MERASA TIDUR
DALAM KELAMBU , SO BOLEH LA KORANG TRY MENINAP DI SINI. :)

JUGA TERSEDIA KATIL

TOILET YANG BERSIH.


KEISTIMEWAAN


1)   Dikelilingi sawah padi yang menghijau pada waktu padi muda dan bertukar menjadi  keemasan pada musim menuai

2) Menimba pengalaman dalam aktiviti pesawahan dan menikmati buah-buahan tempatan terus daripada pokok. Banyak terdapat disekeliling rumah-rumah peserta homestay.

3)   Aktiviti menangkap ikan air tawar seperti menjala, memancing dan belajar menggunakan alat menangkap ikan tradisional seperti serkap,belat ,bubu dan taut.

4) Menghayati pelbagai aktiviti kebudayaan Melayu diantaranya marhaban,berendoi,gendang silat dan seni silat. Permainan tradisional seperti congkak,sepak raga, wau ,gasing dan permainan kanak-kanak juga diadakan disini.

5)   Menikmati makanan Melayu dan juga  berpeluang belajar memasak makanan bersama keluarga angkat.

6)   Pengalaman melihat beruk memanjat kelapa/petai

7)   Merasai kehidupan kampung tradisi yang  sebenarnya.
           
8)   Pekan sehari atau lebih dikenali dengan panggilan Pekan Nat yang diadakan di Pekan Tunjang –Dua kali seminggu.  
     ( 2.5 km dari Kampung Pulau Pisang )

PENGENALAN


Homestay Kampung Pulau Pisang terletak di Mukim Jeram, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman ,adalah sebuah kampung tradisi. Nama Kampung Pulau Pisang ialah kerana ianya dikelilingi oleh lautan sawah padi. Seolah-olah sebuah pulau yang terdapat banyak pokok pisang.
Lokasi homestay Kampung  Pulau Pisang terletak 2.5 km dari Pekan Tunjang , 7 km dari Pekan Jitra dan 28 km dari Bandaraya Alor Setar.